lulus pon should be ok.

Assalamualaikum.
Lama rasa tak menaip kat sini. huhu busy dengan kelas+keje.
Sekarang ni dah nak abeh semester.
biasa la. time2 macam ni la nak sibuk hantar assignment semua.
lecturer pulak sibuk nak kire carry-mark.

alkisah kat kelas semalam dengan Dr Nizal.
Dr pulang kan group assignment.
aku lak jumpa die personally,
huhu

aku : i dont mind wether i get A or not. but the important thing is, i pass this paper. (master nak lulus kena B tau. B- pon xboleh!)
lecturer : no.. no..
aku : (cuak jap..nape nak no lak kan).. of course la Dr. we are paying RM750 for this paper..we dont want to repeat.
lecturer : i know. but the most important thing, u learn something..but dont worry. everyone will pass. u are working..

hehe. lega!

oh laptop.

Arini nak bercakap pasal laptop. ye. laptop.. setakat ni, dah 3 jenis aku guna.. acer, hp mini, compaq..

acer = biase la mule masuk matrik dulu. rasa macam dah hebat sangat la pakai laptop tambah dalam bilik tu, kau sorng je ada laptop plus classmate pon xde laptop lagi kan.. muahaha. then, once mini dah kuar, mula sibuk nak laptop mini plak. tp bile dah guna, menyesal nye gunem hanya Allah yang tahu. muaha

hp mini = mula2 guna tu, rasa kau sorng je la up to date and style habis pasal dah guna laptop kecik kan. muahha. mula2 je seronok. pastu..... mula buat perangai nak laptop lain. huh!

compaq = not bad la. antara screen yang aku rasa ter baik la. lebar pon lebar. cuma maouse track tu kureng sket la.. kalau lepas makan pisang goreng tu, pastu pgg, cursor dah malu alah nak gerak. 

dell = laptop ofis bagii.. :) tp bukan warna kuning.

n now...... aku nak cari laptop yang cover die warna kuning! hehe bile kau dah pegang duit sendiri ni, mule la nak memenuhi kehendak yang pelbagai. as u know, kehendak xpernah ada limit. dah ada yang satu, nak yang lagi satu.. macam tu la..

ni la rupe laptop yang aku nak.. warna kuning tp xkesah jenama apa. yang perasan, dell je ada.. dell inspiron 1526.. tp ni model lama dan x dikuar kan lagi..

semalam ahad, ada jugak gi survey2 kat plaza alam sentral. setiap kali masuk kedai, ni je la ayat aku 
" i nak cari laptop warna kuning. tak kesah harga apa. tak kesah spec die. tak kesah brand ape"
 haha semua tokey2 tu dah pelik2 je. muka ada yang ketat, ada sengih kambing, sengih kura2. semua la ada.... tp jawapan hampa, tak ada. 

arini masuk ofis semangat kol dell, tny pasal laptop kuning ni. pon hampa.. katanya tu model lama.. huk2 dulu masa laptop tu kuar, bukan aku tak nak beli. cume keadaan duit tidak membenarkan hoiiiii. ish. geram plak aku...

Percutian Bajet Ke Sabah (14/11/11-16/11/11)

Assalamualaikum..

Lets talk about budget trip to Sabah. Memang sangat enjoyy.. kota kinabalu, kundasang, ranau, tamparuli n many moreee.. rupanya kota kinabalu dengan mount kinabalu jauh ok.. even used word kinabalu, tak dekat langsung oke..

Let see the budget :
1) Tiket flight pergi balik (LCCT to KK airport) = RM70/per head
2) Bas from KL Sentral to LCCT = RM9/per head
3) Teksi from KK airport to hotel = RM8.40/per head
4) Sewa hotel (3hari 2malam) = RM 54/per head
5) Kereta Sewa (1 day/24 hours) = RM 30/per head
6) Minyak kereta = RM10/per head
7) Teksi form hotel to KK airport = RM 4/per head
TOTAL = RM 185.40

haaa, memang bajet la kan.. yang ni list compulsory to pay if not, jangan nak rasa heaven sangat la.. huhu
then kalau ke sana, mesti la kau orang sibuk nak cari souvenir bagai kan. bajet dalam seratus je.. memang cukup untuk kau beli bagi family n ur boifren! plus, kalau jenjalan dengan laki ni, mesti la puak2 ni sibuk nak makan seafood bagai semua kan.. haa, yang tu allocate around RM20./per head. tak mahal mana kan?? so, pergi la sabah!! :D Compare aku ke bandung dulu, mau dalam RM1K++ yang habis..close to 2k gak laa...

berjalan la anda selagi anda belum kawen, dah kawen ada ank kecik memang susah sket nak berjalan. heheeh

yay. dah konvo :)

hai, nak cite sket aku punya konvo. hehe first time ok. teruja tak ingat. setakat matrik, nak feel ape la sgt. naik pentas pon xde kan. sekolah menengah, rasa biase je la. -__- teruk betul aku ni, xreti bersyukur. huh

pic ni, 2 hari sebelum tarikh betul konvo. lokasi, area umah aku je. 

ok guys. take care!

15 Perkara Pelik Di Dunia Yang Fana Ini

Untuk relaks relaks..
  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?

Kredit : sini

kerja dan kelas.

Bismillah.
Sekarang ni sibuk dengan kelas dan kerja yang banyak.  Padahal malas nak bercerita aktiviti. Ok.

And again, aku mendaftar lagi sebagai student dengan nombor pelajar start dengan 2011. Nombor pelajar masa time zaman kanak-kanak degree pon masih ingat tau, 2008. what ever happen, aku still boleh log in guna dua2 nombor pelajar. yang bestnya, sekarang ni pasca siswazah la. dalam kelas, aku paling muda. cewah! classmate lain semua hebat, keje bukan main taknak kalah kau. lecturer, engineer, keje dengan exxon mobil. keje ikut waktu luar negara. tahniah2. sumber inspirasi aku semua tu.

dah nak masuk minggu keempat dah kelas. first test dah nak ada. tapi baru la nak cari notes bagai.
 buku ni baru beli isnin ahad lepas, semalam baru start conteng2. meaning to say, selama ni masuk kelas, aku tak bawak pape. come on la, bagi la semangat skit nak belajar ni.
sem ni banyak belajar calculus. teringat kawan kelas masa sekolah dulu nama danial. suke gile la tiru2 die dulu time add math. hehe (time ni kat ofis belajar untuk test. rajin kan. rajin kan.)

p/s : nak tau satu benda tak. masa pre-mature, kalau ngantuk dalam kelas, mmg tak boleh nak control kan. as we grow up, benda tu macam kau boleh control tau. macam aku la. pagi gi keje pukul 7pagi balik kerja 5.30ptg terus bekejar nak masuk kelas 6.30ptg. kelas plak taknak pulak kejap kan sampai 10malam kan.  balik rumah mandi solat bagai, pukul 12 baru boleh tido. tapi dalam kelas ni, tak de ngantuk la senang cte. mungkin dah sedar tanggungjawab kot. :)

Dulu dan Sekarang

dulu kan, time aku under 18 la kan.. aku memang susah nak kuar tau. i mean kuar dengan kawan gi mid ke time square ke. ala tempat budak2 pra matang selalu pergi. pastu kalau ada pape benda baru market, aku tak tau. pastu jalan pon fail gak la. rasa looser gila. haa macam tu laa. pastu dulu kan, time form 3 la,, aku pinjam moto ayah aku pergi kampung orang asli. aku tak bgtau ayah aku pun. sebab aku tau bile aku bgtau, mesti tak dapat pergi punyaa. hehehehe

after spm time kat matrik, aku tau gak la jalan2, kenal la jalan kan. pastu masuk uitm, heaven la gak. pastu aku dapat la skuter sebijik kan. lagi jauh sikit la aku melangkah. kalau makan malam, nak kat seksyen 7 je laa. tak layan dah kedai makan dalam uitm. pastu dah menyewa luar, aku bawak kete. lagi jauh la jalan. senang cte, dalam shah alam, aku tau gak la lorong tikus ni. mana senang, mana nak elak jammed. mana nak elak tol lepas batu tiga tuh. haa macam tu laa.. pastu ada time ni gak la aku kuar dengan kawan gi beriadah.

sekarang ni dah masuk alam kerja. kalau nak ke kl ke putrajaya ke, memang kene setel hari tu gak la. pastu gi wisma putra ke bangunan mara wangsa maju universiti malaya, memang pegi macam tu je la. kadang2 on the way balik ofis, aku sendiri tak sangka aku akan kerja sekarang. yelaa. kata marketing department kan..
dulu time belajar, aku nak keje bahagian admin je. tak nak buat keje luar ni. ye laa, aku kan xreti jalan ni. tapi bila dah buat and aku sampai kat tempat tuh, aku sendiri tak sangka. aku sendiri tak sangka jalan putrajaya yang gile complicated tu, aku still jumpa wisma putra. haaaa. tu laa kisah aku

kadang-kadang yang kite tak nak tu laa yang kite dapat. ingat laaa.

Happy Mother's Day to My Mom. Zaleha...