Kawan nak nama anak sama dengan nama aku. :)

Salam..

Lama sangat tak kongsi cerita kan. saja nak diam kan diri je. huhu. baru2 ni ada chat dengan kawan lama. kawan sekolah rendah dulu. dah berbahagia dah. maklum la ada orang jaga dah. hehe perut pon dah berisi.

Chat punya chat, tiba-tiba die minta cari kan nama untuk bakal anak dia. :)

sedap sangat ke nama aku yana oiiii... haaa bangga kejap tapi matang ok.. bersembang dengan bakal ibu ni.. tak boleh gila-gila sangat.. hehe

semoga ko sihat ye. dengan kandungan jugak ye.

amin...

kelas dah mula.

Assalamualaikum.

Kelas dah mula dah. sem dua. another fews sem to go before nak abeh. dapat notes, sibuk la nak print as my reference since memang xmau beli teks.. kelas 14 hari je sepanjang sem ni.. huuu kedekut!
 banyak print sampai ink nak abeh. but, orang cakap still boleh print kan...
 still thinking what to buy with a RM200 voucher.. huuuuuuu

Peristiwa Akhir Zaman

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?
Sumber: http://www.tranungkite.net/

Suatu Malam Di Kelas

discuss pasal business plan, marketing plan..
masuk la bab objectives..
as concern, objective ni mesti la SMART.
Specific, Measurable, Attainable, Realistic, and Timely..
dari sekolah menengah sampai la masuk u sambung master,
benda sama juga.

ada la sorng brader dalam kelas.
nak jadi jutawan dalam umur 40 tahun nnt.
but then, lect tny, paling muda dalam kelas berapa tahun.
23 tahun. aku la beria angkat tangan.
ask again "reached 23 ot what?"
aku, "not yet. on july"
"so, 22 la"
i see...........

aku paling muda kott.....yuhuuuuu
bangga!

Servis Kereta

Assalamualaikum..

Arini kisah servis kereta. Memang sebelum ni servis jugak. Tapi bukan pakai duit sendiri. Duit ibu dan bapak. Bila pakai duit sendiri, baru duk pikir mendalam sket.. breakdown servis tuh. tukar apa, berapa charge die. sebelum ni selalu "umi/baba, nak duit. nak servis kete". best kan kalau di tanggung hidup nih. huh!

But then, at the end of the day if you are someone yg very particular. details tu mmg hujung jari la. harga engine oil, oil filter, gasket, spark plug, cooler radiator, gear oil ( if u using manual), timing belt semua kau tahu..

Branch ke dealer.. sume2 tu la..

The same thing happen to me yawww.

Shopping penting ke, servis kete penting. atau beli tiket airasia yg tgh promo tuh! kikikiki

ada otak, pikiaq sendiri naa..

calooo.........

Result.

Assalamualaikum,

I am now in office.. yeahhh. awal sampai.. 7.30 am.. check result. semalam kuar, pukul 12 tgh malam semalam mereka hantar di email. and untuk pertama kali nya, result kuar aku xde feel langsung. cuak tak, risau tak. semua la tak. masuk belajar balik in March. cepat2 la abeh master niiii.. huhu tak larat lepas keje nak berkejar ke kelas..

tahniah. ramai nak kahwin dah bekas2 classmate nih. :)

Assalamualaikum.

sekarang ni kalau buka facebook je, banyak je invitation kawen kawan2. ada kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan matik, kawan uni dulu and cuma kawan tempat keje je xde nak invite lg untuk majlis dorang. huhu

lulus pon should be ok.

Assalamualaikum.
Lama rasa tak menaip kat sini. huhu busy dengan kelas+keje.
Sekarang ni dah nak abeh semester.
biasa la. time2 macam ni la nak sibuk hantar assignment semua.
lecturer pulak sibuk nak kire carry-mark.

alkisah kat kelas semalam dengan Dr Nizal.
Dr pulang kan group assignment.
aku lak jumpa die personally,
huhu

aku : i dont mind wether i get A or not. but the important thing is, i pass this paper. (master nak lulus kena B tau. B- pon xboleh!)
lecturer : no.. no..
aku : (cuak jap..nape nak no lak kan).. of course la Dr. we are paying RM750 for this paper..we dont want to repeat.
lecturer : i know. but the most important thing, u learn something..but dont worry. everyone will pass. u are working..

hehe. lega!

oh laptop.

Arini nak bercakap pasal laptop. ye. laptop.. setakat ni, dah 3 jenis aku guna.. acer, hp mini, compaq..

acer = biase la mule masuk matrik dulu. rasa macam dah hebat sangat la pakai laptop tambah dalam bilik tu, kau sorng je ada laptop plus classmate pon xde laptop lagi kan.. muahaha. then, once mini dah kuar, mula sibuk nak laptop mini plak. tp bile dah guna, menyesal nye gunem hanya Allah yang tahu. muaha

hp mini = mula2 guna tu, rasa kau sorng je la up to date and style habis pasal dah guna laptop kecik kan. muahha. mula2 je seronok. pastu..... mula buat perangai nak laptop lain. huh!

compaq = not bad la. antara screen yang aku rasa ter baik la. lebar pon lebar. cuma maouse track tu kureng sket la.. kalau lepas makan pisang goreng tu, pastu pgg, cursor dah malu alah nak gerak. 

dell = laptop ofis bagii.. :) tp bukan warna kuning.

n now...... aku nak cari laptop yang cover die warna kuning! hehe bile kau dah pegang duit sendiri ni, mule la nak memenuhi kehendak yang pelbagai. as u know, kehendak xpernah ada limit. dah ada yang satu, nak yang lagi satu.. macam tu la..

ni la rupe laptop yang aku nak.. warna kuning tp xkesah jenama apa. yang perasan, dell je ada.. dell inspiron 1526.. tp ni model lama dan x dikuar kan lagi..

semalam ahad, ada jugak gi survey2 kat plaza alam sentral. setiap kali masuk kedai, ni je la ayat aku 
" i nak cari laptop warna kuning. tak kesah harga apa. tak kesah spec die. tak kesah brand ape"
 haha semua tokey2 tu dah pelik2 je. muka ada yang ketat, ada sengih kambing, sengih kura2. semua la ada.... tp jawapan hampa, tak ada. 

arini masuk ofis semangat kol dell, tny pasal laptop kuning ni. pon hampa.. katanya tu model lama.. huk2 dulu masa laptop tu kuar, bukan aku tak nak beli. cume keadaan duit tidak membenarkan hoiiiii. ish. geram plak aku...

Percutian Bajet Ke Sabah (14/11/11-16/11/11)

Assalamualaikum..

Lets talk about budget trip to Sabah. Memang sangat enjoyy.. kota kinabalu, kundasang, ranau, tamparuli n many moreee.. rupanya kota kinabalu dengan mount kinabalu jauh ok.. even used word kinabalu, tak dekat langsung oke..

Let see the budget :
1) Tiket flight pergi balik (LCCT to KK airport) = RM70/per head
2) Bas from KL Sentral to LCCT = RM9/per head
3) Teksi from KK airport to hotel = RM8.40/per head
4) Sewa hotel (3hari 2malam) = RM 54/per head
5) Kereta Sewa (1 day/24 hours) = RM 30/per head
6) Minyak kereta = RM10/per head
7) Teksi form hotel to KK airport = RM 4/per head
TOTAL = RM 185.40

haaa, memang bajet la kan.. yang ni list compulsory to pay if not, jangan nak rasa heaven sangat la.. huhu
then kalau ke sana, mesti la kau orang sibuk nak cari souvenir bagai kan. bajet dalam seratus je.. memang cukup untuk kau beli bagi family n ur boifren! plus, kalau jenjalan dengan laki ni, mesti la puak2 ni sibuk nak makan seafood bagai semua kan.. haa, yang tu allocate around RM20./per head. tak mahal mana kan?? so, pergi la sabah!! :D Compare aku ke bandung dulu, mau dalam RM1K++ yang habis..close to 2k gak laa...

berjalan la anda selagi anda belum kawen, dah kawen ada ank kecik memang susah sket nak berjalan. heheeh

yay. dah konvo :)

hai, nak cite sket aku punya konvo. hehe first time ok. teruja tak ingat. setakat matrik, nak feel ape la sgt. naik pentas pon xde kan. sekolah menengah, rasa biase je la. -__- teruk betul aku ni, xreti bersyukur. huh

pic ni, 2 hari sebelum tarikh betul konvo. lokasi, area umah aku je. 

ok guys. take care!

15 Perkara Pelik Di Dunia Yang Fana Ini

Untuk relaks relaks..
  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana?

Kredit : sini

kerja dan kelas.

Bismillah.
Sekarang ni sibuk dengan kelas dan kerja yang banyak.  Padahal malas nak bercerita aktiviti. Ok.

And again, aku mendaftar lagi sebagai student dengan nombor pelajar start dengan 2011. Nombor pelajar masa time zaman kanak-kanak degree pon masih ingat tau, 2008. what ever happen, aku still boleh log in guna dua2 nombor pelajar. yang bestnya, sekarang ni pasca siswazah la. dalam kelas, aku paling muda. cewah! classmate lain semua hebat, keje bukan main taknak kalah kau. lecturer, engineer, keje dengan exxon mobil. keje ikut waktu luar negara. tahniah2. sumber inspirasi aku semua tu.

dah nak masuk minggu keempat dah kelas. first test dah nak ada. tapi baru la nak cari notes bagai.
 buku ni baru beli isnin ahad lepas, semalam baru start conteng2. meaning to say, selama ni masuk kelas, aku tak bawak pape. come on la, bagi la semangat skit nak belajar ni.
sem ni banyak belajar calculus. teringat kawan kelas masa sekolah dulu nama danial. suke gile la tiru2 die dulu time add math. hehe (time ni kat ofis belajar untuk test. rajin kan. rajin kan.)

p/s : nak tau satu benda tak. masa pre-mature, kalau ngantuk dalam kelas, mmg tak boleh nak control kan. as we grow up, benda tu macam kau boleh control tau. macam aku la. pagi gi keje pukul 7pagi balik kerja 5.30ptg terus bekejar nak masuk kelas 6.30ptg. kelas plak taknak pulak kejap kan sampai 10malam kan.  balik rumah mandi solat bagai, pukul 12 baru boleh tido. tapi dalam kelas ni, tak de ngantuk la senang cte. mungkin dah sedar tanggungjawab kot. :)

Dulu dan Sekarang

dulu kan, time aku under 18 la kan.. aku memang susah nak kuar tau. i mean kuar dengan kawan gi mid ke time square ke. ala tempat budak2 pra matang selalu pergi. pastu kalau ada pape benda baru market, aku tak tau. pastu jalan pon fail gak la. rasa looser gila. haa macam tu laa. pastu dulu kan, time form 3 la,, aku pinjam moto ayah aku pergi kampung orang asli. aku tak bgtau ayah aku pun. sebab aku tau bile aku bgtau, mesti tak dapat pergi punyaa. hehehehe

after spm time kat matrik, aku tau gak la jalan2, kenal la jalan kan. pastu masuk uitm, heaven la gak. pastu aku dapat la skuter sebijik kan. lagi jauh sikit la aku melangkah. kalau makan malam, nak kat seksyen 7 je laa. tak layan dah kedai makan dalam uitm. pastu dah menyewa luar, aku bawak kete. lagi jauh la jalan. senang cte, dalam shah alam, aku tau gak la lorong tikus ni. mana senang, mana nak elak jammed. mana nak elak tol lepas batu tiga tuh. haa macam tu laa.. pastu ada time ni gak la aku kuar dengan kawan gi beriadah.

sekarang ni dah masuk alam kerja. kalau nak ke kl ke putrajaya ke, memang kene setel hari tu gak la. pastu gi wisma putra ke bangunan mara wangsa maju universiti malaya, memang pegi macam tu je la. kadang2 on the way balik ofis, aku sendiri tak sangka aku akan kerja sekarang. yelaa. kata marketing department kan..
dulu time belajar, aku nak keje bahagian admin je. tak nak buat keje luar ni. ye laa, aku kan xreti jalan ni. tapi bila dah buat and aku sampai kat tempat tuh, aku sendiri tak sangka. aku sendiri tak sangka jalan putrajaya yang gile complicated tu, aku still jumpa wisma putra. haaaa. tu laa kisah aku

kadang-kadang yang kite tak nak tu laa yang kite dapat. ingat laaa.

Happy Mother's Day to My Mom. Zaleha...

Permulaan Hidup

Genap umur 21 tahun 9 bulan 29 hari kite dah start keje. huhu tapi untuk bulan pertama ni, memang perlu di sponsor oleh mak ayah dulu laa. al maklum laaa, gaji tak dapat lagi kan. hehe next month, boleh survive. Insya Allah boleh survive lepas ni. :P

p/s : bengang gile dengan celcom.

Last Duty as Student

Assalamualaikum.
baru2 ni agak sibuk sikit. uruskan segala hal. nak make sure before abeh blaja ni, semua berjalan lancar. huhu abeh praktikal juga.
 Present final project. cuak!
 tak pernah pergi kedai dgn intend cari digital printing. untuk buat cover cd. dari pagi sampai tengah mencari  kedai. baru jumpa. huh!
 
 hasil titik peluh wat benda alah ni selama 6 bulan. ^__^

she is sarawakian. chinese look kan majority orang sarawak nih. :)
p/s : dah dapat keje area shah alam. suka2!

Selamat Hari Jadi Umi

Assalamualaikum.

10 april beday umi.

Selamat Hari Jadi.

Semoga Panjang Umur Dan Murah Rezeki
i love youuuu. :P

Last Day Praktikal + Broadband Baru

Assalamualaikum..

Previous entry aku ada cerita pasal aku punya internship dalam 20 weeks kan. tapi sebenar nya aku buat 18 minggu je! huhu best2. khamis aku ada cakap dengan bos. nest week aku xnak datang keje. aku siap cakap lg. "kalau saya datang keje next week, hati saya bukan kat sini dah".. hehe tapi bos cakap "xpe, lama lagi. bagi saya pikir dulu"..

Macam semalam, aku memang berdebar-debar lah tunggu bos masuk. bile die masuk je, die tanya evaluation form mana untuk evaluate aku. huhu aku lak boleh lupa nak bawak kan.... then, bos suh aku amek off day semalam. setel kan semua benda untuk dia cop. bagus kan bos aku nih. dah la aku minta abeh praktikal awall. hehe

semalam juga, aku cari servis centre perodua kat glenmarie.sesat! bila jumpa je tempat tuh, dorang dah tutup sebab pergi solat jumatt. pukul 2.30 baru buka balik. aku decide nak balik laa... then pergi giant beli broadband!

frankly speaking, ni first time aku beli broadband. tu pun terdesak la. siap kan thesis. kalau tak, memang harapan laa.. even aku ni suka onlineee je. tapi nak membazir ke arah online tuu, memang tak laa. seboleh nya akan diusahakan untuk cari yang free punya. heheheeh

mintak2 la line tak mnyiput sangat. huh!

p/s : abang aku duk sibuk tanya pasal cincin tunang. nak bertunangkah beliau? hee~

Souvenir From USA.

last couple of week, boss saya pergi US. balik2, dapat souvenir. bersyukur la sebab masih di ingati even practical student aje :P
 San Antonio riverwalk. maybe i will be there... ^__^ USD 34.
Texas KeyChain USD 5.

Im gonna miss this place in future. the place where i did my internship in 20 weeks.

GMT @ GreenwichMeanTime

ok. hari ini aku rasa macam nak kongsi cerita pasal GMT. mesti ramai penah dengar. tapi tak tahu menatang apa GMT tuh. macam aku dulu, penah dengar tapi xpernah nak amek tau. dah umur makin mningkat dan belajar pon makin banyak, jadi nya kena la tahu. huhu benda ni relate dengan beza waktu tempat kite dengan waktu tempat lain. contohnya macam mesia dengan ireland. 

macam GMT ni, dapat nama dari satu tempat nama Greenwich kat London. mmg situ pusat die la kata kan. macam mesia ni, korang kena tambah lapan (+8) contoh nya, masa kat Greenwich 2 petang, 2 petang tambah 8 jam, jadi nya 10 malam. haa macam tu laa. lagi satu, pasal tambah(+) atau tolak(-) ni, mmg dah tetap. tak boleh nak ubah ikut suka hati hang jaa. kot2 hang suka nombor 2, hang nak buh nombor dua. tak boleh naaa..

sometimes, we dont realize benda simple macam ni kita apply dalam hidup kita. contohnya para blogger tegar yang tau nak menghentam je tapi "masa" pada blog mereka, semua nya ke laut.

ok, macam setting kat blog, memang ada la (GMT +8) dan siap tulis Kuala Lumpur lagi. kalau tak de tulis Kuala Lumpur tuh, agak2 hang nak buh berapa? hee kalau zaman kanak2 ribena aku, memang aku nak buh (GMT+4) pasai nya aku suka nombor 4.-__-"

ok, macam sekarang ni, waktu aku duk merepek meraban tulis entry ni, waktu nya dalam 10.41 am, 30 march 2011. kalau nak compare kan sekarang dengan waktu kat Los Angeles @ LA, kat LA baru pukul 6.41 pm. tapi hari dia lain. kat LA masih 29 march 2011. kat mesia dah 30 march. kat LA, kena guna (GMT -8). maksud nya disini, beza mesia dengan LA adalah 16 jam! 

GMT can be known as Zulu Time! tapi zulu time ni nama tak femes ah. kalau buat pilihan pembaca seperti yang tgh hangat ABPBH ni. mmg xde org undi kot.

ok. terima kasih sebab menggagah kan diri baca entry!